Tuesday, August 3, 2010

Quran Itu Penawar


PERTAMA :-


Bagi mereka yang sering mengalami migrain, tak kira lah teruk atau tidak. Sebab ada yang teruk sampai muntah-muntah dan ada migrain ni ada macam-macam jenis. Ada yang tak leh dengar bunyi bising, ada yang tak leh tgk cahaya terang dan macam2 lagi...jadi apakah penawarnya????

= Baca Surah Al-Fatehah (1x)

= Baca Surah Al-Ikhlas (3x)

= Baca Ayat 38, Surah Yassin ( Salamun Qaulan Mirrabirrahim - 3x)

= Baca Selawat (3x)

InsyaAllah sakit kepala akan hilang...dan kene bace berterusan...

KEDUA :-

Bagi mereka yang mengalami pendarahan teruk ( kalu ikut pada cerita...seorang hamba Allah ni mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan darah sering keluar daripada duburnya) maka beliau membaca ayat 58 Surah Yassin..Alhamdulillah sahabat ni sehat...

Rahsia Surah Yassin :-

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya Dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa Dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia Dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku Dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku. Amin.

Sumber dari Blog CahayaWanita

No comments:

Post a Comment