Monday, August 2, 2010

PENCEGAHAN DAN PENGESANAN AWAL


Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.

Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).

Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:

1. Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala

2. Pap smear

3. Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun

4. Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase

5. Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ).

6. Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)

Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.

Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.

Sumber dipetik dari Wikipedia

No comments:

Post a Comment